APA FUNGSI DEPOSIT BILA KITA SEWA RUMAH YANG RAMAI PENYEWA TAK FAHAM...
- property360co
- Nov 6, 2018
- 2 min read
Jarang dan sukar nak jumpa tuan rumah yang menyewakan rumah tanpa deposit, sebab tuan rumah berdepan dengan pelbagai risiko.
Contohnya :
1) Penyewa bertangguh-tangguh bayar duit sewa. Sedangkan tuan rumah perlu membayar ansuran kat bank setiap bulan.
Kalau lewat bayar, CCRIS tuan rumah yang akan tercalar. Lebih teruk lagi, dah la penyewa kantoi bayar sewa. Lepas tu siap menghilangkan diri pulak tu. Parah.
2) Penyewa keluar awal daripada tarikh tamat kontrak. Maka tuan rumah mungkin akan rugi 1 hingga 2 bulan. Rumah kosong tak berpenyewa.
Dalam hal ni, tuan rumah kena la cari penyewa baru akibat daripada penyewa melanggar kontrak tempoh sewaan.
3) Kerosakan rumah yang disebabkan oleh penyewa.
Contohnya, paip air patah, pintu pecah (penyewa ada perangai kunci tombol pintu dari dalam), tombol rosak, saluran tersumbat (dengan gumpalan rambut, minyak beku, spen***, dan sebagainya), jubin pecah, dan lain-lain lagi.
Kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, sepatutnya ditanggung oleh penyewa.
4) Kerosakan perabot. Contohnya sofa hancur, cermin muka pecah, almari patah, dan lain-lain.Ini jugak adalah kerosakan yang disebabkan oleh penyewa, bukan sebab wear and tear. Kecuali kalau perabot memang uzur.
5) Bil-bil tertunggak yang tak dilangsaikan oleh penyewa.
Kadang-kadang, hingga berbulan-bulan lamanya.
Biasanya, tuan rumah akan sedari apabila penyewa telah keluar rumah.
6) Rumah bersepah dengan sampah yang setahun tak buang, toilet yang setahun tak cuci, siling bersawang yang setahun tak dibersihkan, lantai berkulat yang tahun tak dimop.
Sepatutnya rumah sewa yang dipulangkan dalam keadaan yang sama ketika penyewa mula-mula masuk. Kalau tak, kos pembersihan patut ditanggung penyewa.
Guna duit deposit untuk bayar sewa rumah. Boleh atau tak?
JANGAN SESEKALI...
Ini cuma 6 contoh saja. Kalau takde duit cagaran, adakah penyewa sanggup nak hulur duit selepas keluar rumah? Sangat mustahil.
Kalau duit cagaran tu dah digunakan untuk bayaran sewa bulan-bulan terakhir, kemudian apabila penyewa keluar baru perasan tunggakan bil cecah RM1,000, adakah penyewa yang dah keluar akan hulurkan duit RM1,000 tu?
Sangat susah.

Comments