CARA APPLY LOAN RUMAH BAGI YANG BEKERJA KERAJAAN
- property360co
- Nov 22, 2018
- 2 min read

Bila anda berniat nak beli rumah, pasti soal loan atau pinjaman ni akan menjadi persoalan. Bagaimana cara nak apply loan, dekat mana boleh apply loan, dan macam-macam lagi. Tapi artikel kali ni kita cuba menjawab persoalan macam mana cara beli rumah guna loan kerajaan.
Bagi staff kerajaan, sememangnya sangat bertuah kerana diberikan kemudahan loan kerajaan untuk pembelian rumah kerana loan kerajaan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah berbanding loan bank biasa.
Mari kita tengok cara beli rumah guna loan kerajaan step by step:
1. Setelah anda jumpa rumah idaman anda, anda perlu check kemudahan loan dan kelayakan loan mengikut jadual kelayakan mengikut tangga gaji dan kemudian perlu mencari dan melantik seorang peguam untuk bantu uruskan pembelian rumah.

Kalau boleh mintak owner pun guna peguam yang sama (jika sub-sale) supaya dapat memudahkan dan mempercepat urusan pembelian rumah anda. Lagi best kalau anda guna ejen hartanah, dia akan uruskan hal peguam ni.
2. Mohon pinjaman perumahan secara online. Anda boleh guna linkni: https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

Untuk pengetahuan anda, jika anda menggunakan ejen hartanah akan jadi lebih senang. Sebab ejen hartanah ada connection dengan pegawai LPPSA, pegawai ini yang akan buatkan permohonan online anda, mereka juga la akan semak had kelayakkan pinjaman anda.
Jika anda isi sendiri, akan ada tempat yang anda tak tau isi. Last-last anda akan tanya pegawai LPPSA jugak.
3. Setelah semua maklumat di isi dengan penuh dan dah submit, anda wajib print semua borang tu dan minta tandatangan majikan atau Ketua Jabatan.
4. Anda perlu hantar borang yang di tandatangan oleh majikan ke LPPSA dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online. Hantar sekali dengan dokumen sokongan yang diminta.
5. Anda boleh dapat jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen oleh LPPSA. Itu pun kalau tak ada apa-apa masalah. Status anda boleh check online je.
6. Pada masa yang sama, anda perlu lengkap borang penilaian dan juga surat iringan. Tak perlu risau kerana mereka akan sertakan contoh dalam email. Ikut je contoh tu.
7. Lepas LPPSA luluskan permohonananda, mereka akan hantar Surat Tawaran (Offer Letter) kelulusan pembiayaan kepada anda.
Sila balas surat tu dengan segera. Sebab prosesnya agak lambat, nak elakkan anda kena bayar penalti jika duit lambat dapat kepada owner.
8. Kemudian peguam anda akan uruskan dokumen Sale and Purchase Agreement dan beberapa lagi dokumen. Cuma anda akan berjumpa dengan peguam anda untuk tandatangan dokumen-dokumen tu.
Masa tandatangan tu anda akan diminta untuk bayar baki deposit dan juga kos guaman.
Sentiasa follow up dengan peguam anda untuk cepatkan proses.
9. Anda akan dapat kunci dan geran bila LPPSA dah disburse duit kepada bank owner dan owner tu sendiri.
Sumber Kakiproperty
Comments