top of page
Search

APE BEZA STATUS UNIT, RESIDENT DAN KOMERSIAL YANG RAMAI TAK TAU

  • property360co
  • Nov 11, 2018
  • 2 min read



Sebelum nak beli rumah pastikan anda tahu status rumah anda. Adakah ianya berstatus kediaman atau komersil kerana kedua jenis ini mempunyai perbezaan dari pelbagai segi.


Sebelum kita kupas perbezaan hartanah berstatus kediaman dan komersial, jom kita fahami terlebih dahulu definasi terma-terma ini.


Hartanah Status Kediaman



Hartanah status ini untuk tujuan tinggal atau menetap sahaja. Sekiranya anda ingin menjadikan hartanah berstatus kediaman ini lokasi perniagaan, anda harus mendapatkan kebenaran dari pihak tertentu.


Hartanah Status Komersil



Hartanah jenis ini pula khusus untuk perniagaan. Namun sejak kebelakangan ini, banyak apartment serta kondominium yang memegang status komersil.


Dah jelas maksudnya, sekarang kita kupas perbezaan antara rumah berstatus kediaman dan komersil,


1.Bayaran utiliti dan cukai


Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi utiliti dan cukai. Kebiasaannya bayaran dan cukai status kediaman jauh lebih murah dari yang berstatus komersil.


Namun buat yang belum tahu, kadar elektrik untuk apartment berservis boleh ditukarkan kepada kadar kediaman melalui permohonan kepada TNB. Proses ini harus dilakukan secara kolektif oleh pemaju.




2.Margin Pembiayaan

Kebiasaannya hartanah jenis kediaman akan mendapat pembiayaan 90% dari pihak bank. Pembeli juga mungkin akan diberikan pinjaman 100% dengan wujudnya pelbagai skim yang kerajaan tawarkan.


Namun kami ingin mengingatkan bahawa pembiayaan 90% hanyalah tertakluk kepada dua kediaman pertama sahaja. Yang seterusnya peratusan pembiayaan bank akan berkurangan.


Manakala untuk hartanah jenis komersil, kebiasaannya akan mendapat pembiayaan 80% ke 85% dengan faedah yang lebih tinggi. Namun ini semua tertakluk kepada pihak bank.


3.‘Rental Yield’


‘Rental Yield’ atau Hasil sewa bersih antara kedua jenis hartanah ini juga berbeza.

Hartanah jenis kediaman biasanya memberi pulangan yang agak rendah berbanding hartanah komersil namun oleh harus diingatkan kos untuk memiliki hartanah jenis kediaman jauh lebih rendah berbanding komersil.


Yang untungnya sekiranya anda membeli hartanah bersifat komersil adalah harga pasaran lebih cepat naik berbanding kediaman. Namun kos untuk membeli dan menjaga kediaman ini agak mahal.


Jadi untuk membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan, pastikan anda teliti dahulu booster-booster hartanah yang terdapat di kawasan tersebut. Kemudian boleh mula mengira ‘Rental Yield’ untuk kedua jenis hartanah ini.


4.Insurans


Dari segi insurans pula, Hartanah kediaman tidak diwajibkan memiliki sebarang insurans. Namun anda boleh mendapatkan insurans MLTT atau MRTT sebagai jaminan. Sekiranya apa-apa terjadi kepada pemilik rumah, sekurang-kurangnya waris tidak perlu menanggung hutang atau berdepan dengan risiko dihalau rumah.


5.Pengurusan Penyewa

Ramai yang beli salah satu dari hartanah ini untuk tujuan pelaburan. Untuk hartanah kediaman kebiasaannya proses untuk mengusir penyewa dari neraka sedikit rumit dan mahal.


Pemilik hartanah jenis komersil biasanya menyewakan hartanah mereka kepada pemilik perniagaan yang menjadikan hartanah tersebut sebagai pejabat. Jadi tempoh sewa biasanya lebih lama berbanding hartanah jenis kediaman.


Namun sekiranya tuan rumah mengenakan jumlah deposit tertentu, mungkin kerugian dapat dikurangkan.


Walau apapun pilihan anda, pastikan anda betul-betul bersedia dari segi ilmu dan kewangan untuk miliki hartanah tersebut.


 
 
 

Comments


©2018 by PROPERTY360

bottom of page